Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan

<< < (3/8) > >>

sothye™:
aku rasa bulih je.. sbb nama dia pun ada dlm S&P. try contact kwsp..

mhah:
ni saya paste cth pengeluaran bulanan kwsp dr web kwsp...tp lain sikit le dr yg sothye kira

Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan
Pengeluaran yang baru diperkenalkan ini membolehkan anda mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membayar ansuran bulanan pinjaman perumahan yang diambil bagi tujuan pembelian atau pembinaan rumah.

Ianya berbeza daripada pengeluaran perumahan sedia ada. Bayaran akan dibuat secara bulanan melalui sistem pengkreditan terus ke akaun bank ahli atau bayaran melalui cek jurubank bagi akaun pinjaman perumahan yang mempunyai hutang tertunggak (NPL).


Kelayakan Memohon


Anda layak memohon jika anda adalah:
Warganegara Malaysia

atau
Warganegara Malaysia yang pernah membuat pengeluaran di bawah Pengeluaran Meninggalkan Negara Malaysia sebelum 1 Ogos 1995 dan kemudian memilih untuk mencarum semula

atau
Bukan warganegara Malaysia (Ekspatriat) yang menjadi ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998

atau
Bukan warganegara Malaysia yang mendapat status penduduk tetap Malaysia (PR).
Anda belum mencapai umur 55 tahun pada masa permohonan pengeluaran ini diterima oleh KWSP. Umur maksimum yang dibenarkan ialah 54 tahun 6 bulan.
Anda masih mempunyai simpanan di Akaun 2 sekurang-kurangnya RM600.00.

Syarat-syarat Pengeluaran

Anda mestilah merupakan seorang pembeli atau pembina dan peminjam ke atas sebuah rumah kediaman atau rumah kedai dengan unit kediaman.

Anda masih mempunyai baki pinjaman perumahan daripada insititusi yang dibenarkan yang diambil bagi tujuan membeli atau membina sebuah rumah kediaman atau rumah kedai dengan unit kediaman.

Simpanan yang dikeluarkan adalah untuk membayar pinjaman yang telah dikeluarkan sepenuhnya (full disbursement) atau 95% daripada jumlah pinjaman yang diluluskan oleh pihak pemberi pinjaman dan rumah tersebut telah dicagarkan kepada pihak pemberi pinjaman serta ahli telah pun mula membayar ansuran bulanan pinjaman perumahan.

Bagi pengeluaran yang melibatkan pembiayaan semula (refinance), baki pinjaman yang diambilkira adalah merujuk kepada baki pinjaman perumahan asal yang diambil daripada pihak pemberi pinjaman pertama atau mengikut baki pinjaman terkini yang mana terendah.  Bagi kes pembiayaan semula yang lebih dari sekali, surat tebus hutang daripada pembiaya terdahulu adalah dikecualikan. Sekiranya ahli atau pasangan pernah membuat pengeluaran menyelesai/mengurangkan baki pinjaman untuk sendiri atau membantu pasangan bagi harta yang sama, baki pinjaman perumahan asal hendaklah ditolak terlebih dahulu dengan amaun pengeluaran yang telah dibuat.

Pengeluaran ini boleh dibuat untuk mana-mana rumah di Malaysia tertakluk kepada sebuah rumah bagi setiap ahli. Pengeluaran seterusnya (sekiranya masih ada baki pinjaman) hanya boleh dibuat bagi rumah yang sama.

Anda boleh membuat pengeluaran seterusnya (sekiranya masih ada baki pinjaman) pada bila-bila masa dan paling awal 30 hari sebelum tarikh pembayaran ansuran bulanan yang terdahulu selesai.

Anda boleh membuat pengeluaran secara serentak sama ada untuk:
mengurangkan/menyelesaikan baki pinjaman perumahan mengikut jenis pengeluaran sedia ada; dan
membayar ansuran bulanan pinjaman perumahan dengan bayaran dibuat kepada ahli bagi pinjaman yang tiada tunggakan ansuran bulanan; atau
membayar ansuran bulanan pinjaman perumahan dengan bayaran dibuat kepada bank bagi pinjaman yang mempunyai hutang tertunggak (berkuatkuasa pada 1 Mac 2008).

Sekiranya akaun pinjaman perumahan anda tiada lagi bayaran tertunggak (NPL), bayaran secara pengkreditan terus ke akaun ahli akan dilakukan setelah mendapat pengesahan daripada bank.

Tempoh bayaran bulanan yang dipohon adalah tidak melebihi umur 55 tahun.
Nota: Maklumat ini adalah sebagai panduan sahaja. KWSP boleh meminda sebarang syarat atau meminta dokumen tambahan jika difikirkan perlu.


Amaun Yang Layak Dikeluarkan

Jumlah yang boleh dikeluarkan secara bulanan adalah simpanan terkumpul dalam Akaun 2 pada masa ahli membuat permohonan.

Jumlah minimum bayaran bulanan adalah RM100.00 sebulan bagi tempoh minimum tidak kurang daripada 6 bulan.

Jumlah maksimum bayaran bulanan adalah tidak melebihi jumlah ansuran bulanan pada masa permohonan dibuat.

Tempoh maksimum bayaran bulanan adalah tidak melebihi baki tempoh pinjaman perumahan ahli dengan pihak pemberi pinjaman.

Tempoh bayaran bulanan yang dipohon adalah tidak melebihi umur 55 tahun.

Sekiranya terdapat permohonan bersama, amaun kelayakan kesemua pemohon adalah tidak melebihi jumlah ansuran bulanan yang ditetapkan oleh pihak pemberi pinjaman. Ini bermakna, pemohon kedua dan seterusnya hanya layak mengeluarkan amaun perbezaan di antara jumlah pengeluaran pemohon pertama dengan jumlah ansuran bulanan pinjaman.

Anda akan menerima bayaran bulanan mengikut tarikh pembayaran pertama.

Pembatalan Pengeluaran


Anda boleh membatalkan pilihan bayaran bulanan selepas satu (1) tahun daripada tarikh pengeluaran dibuat. Bagi tujuan pembatalan ini, anda hendaklah melengkapkan Borang Pembatalan Pengeluaran yang disediakan.

Selepas pembatalan, anda boleh membuat permohonan baru untuk menstruktur semula amaun atau tempoh masa bayaran bulanan mengikut baki simpanan di dalam Akaun 2 yang tidak melebihi baki pinjaman sedia ada.

KWSP berhak membatalkan pengeluaran bayaran bulanan ini jika didapati:
pinjaman telah diselesaikan.
rumah telah dijual/dilelong/telah dipindahmilik kepada pihak lain.
anda disabitkan dengan penipuan mengemukakan dokumen/butiran palsu.

Pembayaran bulanan ini juga akan terbatal apabila anda membuat pengeluaran kesemua simpanan seperti pengeluaran hilang upaya, pengeluaran kematian dan pengeluaran meninggalkan negara.

Contoh Pengiraan Kelayakan Pengeluaran
Contoh 1: Pengeluaran Perseorangan
Anda telah membeli sebuah rumah berharga RM250,000.00 pada tahun 2003. Anda telah mendapat pinjaman perumahan sebanyak RM200,000.00 daripada Bank ’A’. Kini anda ingin memohon pengeluaran bagi mengurangkan baki pinjamannya yang berjumlah RM160,000.00. Bayaran ansuran bulanan anda kepada Bank ’A’ adalah RM 1,500.00 sebulan. Simpanan anda di dalam Akaun 2 adalah RM100,000.00. Pengiraan pengeluaran simpanan KWSP anda adalah seperti berikut:


Harga Rumah RM 250,000.00
 
Pinjaman Perumahan Di Bank 'A' RM 200,000.00
 
Baki Terkini Pinjaman Di Bank 'A' RM 160,000.00
 
Bayaran Ansuran Bulanan RM     1,500.00
 
Simpanan Dalam Akaun 2  RM 100,000.00
 
Amaun Maksimum Yang Boleh Dikeluarkan RM 100,000.00
 
Jumlah Terkumpul Bayaran Ansuran Bulanan

Untuk Minimum 6 bulan RM     9,000.00
 
Jumlah Bayaran Ansuran Bulanan

(Minimum RM100.00 dan maksimum RM1,500.00) RM     1,500.00
 

Contoh 2: Pengeluaran Bersama Pasangan
Anda dan pasangan anda telah membeli sebuah rumah berharga RM350,000.00 pada tahun 2005.  Kedua-duanya telah mendapat pinjaman perumahan sebanyak RM300,000.00 daripada Bank ’Y’.  Kini anda dan pasangan anda ingin memohon pengeluaran bagi mengurangkan baki pinjaman yang berjumlah RM280,000.00.  Bayaran ansuran bulanan anda dan pasangan anda kepada Bank ’Y’ adalah RM 2,500.00 sebulan. Simpanan anda dan pasangan anda di dalam Akaun 2 masing-masing adalah sebanyak RM 150,000.00 dan RM 100,000.00.  Pengiraan pengeluaran simpanan KWSP bagi anda dan pasangan anda adalah:-


Harga Rumah RM 350,000.00
 
Pinjaman Perumahan Di Bank 'Y' RM 300,000.00
 
Baki Terkini Pinjaman Di Bank 'Y' RM 280,000.00
 
Bayaran Ansuran Bulanan RM     2,500.00
 
Simpanan Dalam Akaun 2 anda RM 150,000.00
 
Simpanan Dalam Akaun 2 pasangan anda RM100,000.00
 
Amaun Maksimum Yang Boleh Dikeluarkan Oleh anda RM 150,000.00
 
Jumlah Terkumpul Bayaran Ansuran Bulanan

(Minimum 6 bulan x RM 2,500.00) RM   15,000.00
 
Jumlah Bayaran Ansuran Bulanan

(Minimum RM100.00 dan maksimum RM2,500.00)

* Anda memilih RM 1,500.00 RM     1,500.00
 
Amaun Maksimum Yang Boleh Dikeluarkan

oleh pasangan anda RM 100,000.00
 
Jumlah Terkumpul Bayaran Ansuran Bulanan

(Minimum 6 bulan x RM 1,000.00)

* RM1,000.00 merupakan amaun perbezaan di antara

jumlah pengeluaran pemohon pertama (anda)

dengan jumlah ansuran bulanan RM     6,000.00
 
Jumlah Bayaran Ansuran Bulanan

(Minimum RM100.00 dan maksimum RM1,000.00)

* RM1,000.00 merupakan amaun perbezaan di antara

jumlah pengeluaran pemohon pertama (anda)

dengan jumlah ansuran bulanan RM     1,000.00
 


Amaun kelayakan anda dan pasangan anda adalah tidak melebihi jumlah ansuran bulanan yang ditetapkan oleh pihak pemberi pinjaman.   



Contoh 3: Pengeluaran Dengan Pembiayaan Semula

Anda telah membeli sebuah rumah berharga RM200,000.00 pada tahun 1995. Anda telah mendapat pinjaman perumahan sebanyak RM180,000.00 daripada Bank ’A’. Pada tahun 1999, anda telah membuat pembiayaan semula (refinance) ke atas pinjaman perumahan tersebut. Baki pinjaman di Bank ’A’ adalah sebanyak RM50,000.00 dan anda telah mendapat pinjaman pembiayaan semula dari Bank ’B’ sebanyak RM200,000.00 untuk menebus hutang di Bank ’A’. Kini anda ingin memohon pengeluaran bagi mengurangkan baki pinjamannya yang berjumlah RM160,000.00.  Bayaran ansuran bulanan anda kepada Bank B adalah RM2,000.00.  Simpanan anda dalam Akaun 2 adalah sebanyak RM170,000.00. Pengiraan pengeluaran simpanan KWSP anda adalah seperti berikut:



Harga Rumah RM 200,000.00
 
Pinjaman Perumahan Di Bank 'A' RM   50,000.00
 
Pinjaman Yang Diluluskan Oleh Bank 'B' RM 200,000.00
 
Baki Terkini Pinjaman Di Bank 'B' RM 160,000.00
 
Bayaran Ansuran Bulanan RM     2,000.00
 
Simpanan Dalam Akaun 2  RM 170,000.00
 
Amaun Maksimum Yang Boleh Dikeluarkan

(Baki Pinjaman Asal) RM   50,000.00
 
Jumlah Terkumpul Bayaran Ansuran Bulanan

(Minimum 6 bulan x RM2,000.00) RM   12,000.00
 
Jumlah Bayaran Ansuran Bulanan

(Minimum RM100.00 dan maksimum RM2,000.00) RM     2,000.00
 


Untuk pengeluaran akan datang, anda hanya layak mengeluarkan simpanan Akaun 2 tidak melebihi baki pinjaman asal sebanyak RM38,000.00 (RM50,000.00 – RM12,000.00).
 
 

sothye™:
lain ke? mm, nnt aku study balik info ni...

D90:
Quote from: fhamz on March 02, 2008, 07:34:47 pm

sothye,

aku amik gomen loan....tp nm bini aku appear skali dlm S&P, kira joint owner la...n dia mmg la ada epf, private sector....
so, in this case....ko rase my wife bleh apply tak for this scheme?


Janji dalam geran atau S & P ada nama dia..

jakob79:
dulu duit akaun 2 boleh kluarkan semua utk kurangkan baki pinjaman perumahan setiap 3 tahun.. lps tu dia revise plak ke every year.. skang ni dia bg option plak utk kluarkan duit akaun 2 untuk buat monthly installment utk service housing loan.. tp sebenar2nya better utk selepuk kluarkan & kurangkan principal amount sbb kalau bayar installment, principal amount still sama (kurang sket je) sbb dia bayar interest dulu.. bayangkan aku dah bayar 3 taun lebih RM 1K sebulan & yet loan amount aku baru kurang x sampai RM 3K.. x tension dibuatnya..

starting next month EPF akan allow withdrawal utk housing loan yg tertunggak plak.. lps ni mcm2 lagi.. akaun 1 dah boleh kluar untuk unit trust plak..

rasa2nya diorang dah sedar yg EPF talak untung & dia bg option pada penyumbang untuk diversify..

Navigation

[0] Message Index

[#] Next page

[*] Previous page